Terma dan Syarat

Terima kasih kerana berminat untuk melawat Mzium Ilusi Kuala Lumpur. Muzium Ilusi adalah tanda dagangan berdaftar. Kami telah mengambil semua langkah yang ada untuk memastikan
laman web ini praktikal, boleh difahami, dan amat selamat. Namun begitu, sebelum memastikan pembelian tiket Muzium Ilusi, kami menasihatkan anda untuk membaca dengan teliti dan
memahami terma dan syarat berikut dengan jelas. Sila ambil maklum apabila kami merujuk kepada Muzium Ilusi, secara automatik, ia merangkumi pemilik, ejen, rakan sekutu, dan pekerja.
Polisi Pembelian Tiket Dalam Talian
Polisi-polisi berikut adalah berkaitan dengan pembelian tiket anda melalui (laman web) dan tertakluk kepada Terma & Syarat kami, yang dirangkumi oleh rujukan ini. Matlamat kami adalah
menjadikan pengalaman pembelian anda seringkas dan semudah mungkin supaya kami dapat membantu anda pergi ke muzium dengan lancar. Polisi-polisi berikut telah direka untuk
memastikan kepuasan dan pemahaman anda terhadap proses pembelian.
Mata Wang: Semua harga tiket dinyatakan dalam Ringgit Malaysia. Semua pembelian dibuat dalam Ringgit Malaysia. (Bank anda mungkin mengenakan caj ke atas anda untuk pertukaran mata
wang jika anda membelinya dari negara selain Malaysia.)
Kaedah Pembayaran: Tiket boleh dibeli dalam talian menggunakan kad kredit/debit Visa atau MasterCard yang sah, dan American Express, atau pemindahan wang di bank dalam talian sahaja.
Bank anda boleh mengenakan caj jumlah tambahan jika anda menggunakan kad kredit antarabangsa.
Maklumat Kad Kredit: Semua perincian kad kredit/debit dan maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti TIDAK akan disimpan, dijual, dikongsi, disewa atau dipajakkan kepada mana-mana
pihak.
Pengesahan Pesanan: Apabila anda telah mengesahkan pesanan tiket anda, anda akan menerima e-mel dengan Nombor Pesanan dan Invois. Anda akan mempunyai 10 minit untuk menghantar
bayaran anda melalui sistem pembayaran dalam talian atau pesanan anda akan dibatalkan secara automatik, dan anda perlu bermula semula. Apabila anda telah menghantar maklumat
pembayaram dalam talian dan pembelian tiket anda telah berjaya, anda akan melihat laman Status Pembayaran dalam talian. Anda juga akan menerima Pengesahan Pesanan dengan e-tiket
anda dilampirkan melalui e-mel kepada peti alamat e-mel yang anda berikan pada borang tempahan dalam talian. Jika anda tidak menjumpai Pengesahan Pesanan dengan e-tiket anda di dalam
peti tersebut, sila periksa folder Spam/Remeh. Bagi mengelakkan e-mel anda disimpan dalam folder Remeh, sila tambah alamat "Dari" kami pada Buku Alamat anda.
Maklumat yang terkandung pada Pengesahan Pesanan dan e-tiket anda adalah penting dan perlu disimpan dengan selamat. E-tiket anda mengandungi kod QR tersendiri yang perlu dinyatakan
dalam surat-menyurat dan akan diperlukan supaya anda dapat masuk ke MuZium atau ambil tiket fizikal anda apabila ia telah sedia.
Jika anda tidak menerima Pengesahan Pesanan dengan e-tiket (dalam bentuk laman Pengesahan Pesanan atau e-mel) selepas menghantar maklumat pembayaran (tetapi khususnya jika anda
mengalami pesanan ralat atau gangguan perkhdimatan selepas menghantar maklumat pembayaran), anda bertanggungjawab untuk mengesahkan dengan (www.museumofillusions.my) di
alamat e-mel berikut ([email protected]) bahawa tempahan anda telah disahkan. Jika sudah, kami akan memastikan anda memperoleh Pengesahan Pesanan dengan e-tiket anda.
Jika kami mengesahkan bahawa tempahan belum dibuat, anda boleh memesan semula secara dalam talian dengan selamat.
Pengembalian dan Bayaran Balik: Sebagai syarat jualan, tiket tidak boleh dibayar balik, dan tidak boleh dikembalikan atau ditukar untuk apa jua sebab. Apabila membuat pembelian, anda perlu
bersetuju dengan syarat ini. Simpan tiket anda dengan selamat apabila anda telah mendapatkannya. Syarat jualan di atas bermaksud tiket yang hilang, dicuri, rosak atau musnah tidak boleh
digantikan atau dibayar balik dan anda tidak dapat memasuki Muzium. Permainan dan barang dagangan yang rosak boleh dikembalikan dalam 3 hari perniagaan dari tarikh pembelian untuk
pertukaran ke atas barang yang sama. Item tersebut perlu berada dalam keadaan asal (belum dibuka), dengan semua tag dan resit. Pertukaran atau bayaran balik tidak dibenarkan ke atas item
dengan diskaun.
Pertikaian: Sebarang pembelian, pertikaian, atau tuntutan yang timbul atau berkaitan dengan laman web ini akan ditadbir dan diertikan menurut undang-undang Malaysia.