Soalan Lazim

Baca Soalan Lazim kami dan dapatkan maklumat yang anda perlukan.

  • Muzium Ilusi ialah muzium abad ke-21 yang menawarkan pengalaman interaktif dan unik yang mampu memanipulasi minda, mencabar penglihatan dan membuat anda sangsi dengan kesemua deria anda. Muzium ini menempatkan lebih 40 koleksi pameran dengan keluasan saiz melebihi 300 meter persegi.
    Semua pameran adalah berdasarkan sains, matematik, psikologi dan seni yang membolehkan anda belajar banyak perkara tentang penglihatan, persepsi dan otak manusia dengan cara yang menyeronokkan dan interaktif!”
    Konsep yang mendidik dan menghiburkan ini dapat menggembirakan golongan tua dan muda. Jadi, jika anda sedang mencari kaedah terbaik untuk meluangkan masa bersama anak-anak, temu janji atau cara unik untuk meluangkan masa berkualiti bersama datuk dan nenek – MOI Kuala Lumpur adalah pilihan tepat untuk dikunjungi.

  • Muzium Ilusi akan kekal di sini!

  • Ia mengambil masa kira-kira 45 minit untuk merasai pengalaman keseluruhan muzium. Walau bagaimanapun, kami tidak terlalu tegas ketika waktu lawatan, jika anda ingin berada lebih lama di dalam muzium untuk mengambil gambar atau bermain permainan Dilema yang terletak di Bilik Permainan Pintar, silakan.

  • Muzium Ilusi Kuala Lumpur ialah tarikan mesra untuk keluarga, semua golongan peringkat umur amat dialu-alukan. Sila ambil perhatian, kanak-kanak di bawah umur 15 tahun boleh masuk jika bersama pengiring.

  • Anda boleh membeli tiket di Muzium dan tidak perlu membuat tempahan awal. Selain itu, jika anda ingin merancang lawatan dengan lebih awal, boleh membuat pembelian tiket secara atas talian, melalui pautan ini.

  • Kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah masuk secara percuma!

  • Klik di sini untuk dapatkan maklumat mengenai waktu operasi dan harga tiket.

  • Muzium Ilusi Kuala Lumpur turut menawarkan lokasi acara seperti sambutan hari lahir, acara korporat, dan lawatan sekolah. Klik di sini untuk maklumat lanjut. Untuk pertanyaan lanjut, sila emel ke [email protected].

  • Ya, muzium ini dibuka setiap hari sepanjang tahun!

  • Muzium Ilusi Kuala Lumpur terletak di Bukit Bintang, tempat membeli-belah dan hiburan yang meriah di Kuala Lumpur. Monorel dan Mass Rail Transit (MRT) yang berhampiran. Jika anda menaiki bas, laluan ini adalah yang paling hampir dengan muzium: Bas Go KL City (laluan hijau, ungu dan biru) dan Rapid KL (B102, 302, B110, B113).

  • Jika anda datang dengan kereta, ruang parkir kereta disediakan di pusat membeli-belah terdekat: Lot10 dan Fahrenheit.

  • Sudah tentu. Di kedai ‘merchandise’ kami turut terdapat kemeja-t dan hoodie yang menarik dengan pelbagai reka bentuk, topi, rantai kunci, poskad, beg kertas, poster dan permainan Dilema yang menakjubkan.

  • Bilik Permainan Pintar kami ialah ruang di mana pelawat dari semua peringkat umur boleh bermain, bersaing dan belajar. Ia dipenuhi dengan Permainan Dilema, susun suai kayu dan permainan menguji minda yang mampu merangsang kebolehan kognitif serta menjadikan ia sebagai pusat kecergasan otak yang sebenar.

  • Bergambar bukan sahaja dibenarkan tetapi amat digalakkan!Kami mengamalkan konsep interaktif – anda boleh menyentuh setiap pameran dan mengambil seberapa banyak gambar yang anda inginkan. Kami berbesar hati melihat anda kongsikannya di media sosial. Jangan lupa tag profil kami dan gunakan hashtag #museumofillusionskl untuk berpeluang muncul di media sosial rasmi kami.

  • Jika terdapat sebarang pertanyaan dan ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kami, sila hubungi kami di [email protected] atau di talian +60172282890. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pameran, sila ke pautan ini. Kami nantikan kunjungan anda ke muzium!