Tentang kami

Ketahui tentang Muzium Ilusi Kuala Lumpur!

  • Intai apa yang ada di dalam Muzium Ilusi Kuala Lumpur!

    Selamat datang ke dunia ilusi yang menakjubkan! Anda pasti terhibur, keliru dan kagum, alami perkara yang tidak dapat dibayangkan serta dapat mengetahui bagaimana minda kita yang hebat ini berfungsi. Kami menjemput anda untuk melawat kami di Muzium Ilusi Kuala Lumpur, di mana ia bukan seperti yang anda fikirkan.

  • Kuala Lumpur, lokasi TERBAIK untuk pengalaman ilusi!

    Muzium Ilusi ialah muzium abad ke-21 yang menawarkan pengalaman interaktif dan unik yang mampu memanipulasi minda, mencabar penglihatan dan membuat anda sangsi dengan kesemua deria anda.

    Semua pameran adalah berdasarkan sains, matematik, psikologi dan seni yang membolehkan anda belajar banyak perkara tentang penglihatan, persepsi dan otak manusia dengan cara yang menyeronokkan dan interaktif!

  • moi aboutus gallery1
  • moi aboutus gallery2
  • moi aboutus (placeholder)

Lokasi terbaik untuk keseronokan pendidikan di Kuala Lumpur!

Muzium Ilusi Kuala Lumpur tidak sama seperti tempat yang pernah anda lawati sebelum ini. Ilusi yang mendidik dan menghiburkan dapat menggembirakan golongan tua dan muda. Jadi, jika anda sedang mencari kaedah terbaik untuk meluangkan masa bersama anak-anak, temu janji atau cara unik untuk meluangkan masa berkualiti bersama datuk dan nenek – MOI Kuala Lumpur adalah pilihan tepat untuk dikunjungi.

Jadi sebahagian daripada cerita global!

Kini, Muzium Ilusi merupakan rangkaian muzium persendirian terbesar di dunia dengan 47 muzium yang beroperasi – dari Dubai, Chicago, New York, Paris, Istanbul dan Milano ke Shanghai, Kaherah, Kuala Lumpur, Riyadh dan Tel Aviv.

Ketahui lebih lanjut

Kunjungi pameran yang menarik

Adakah anda bersedia untuk pengembaraan yang lebih besar, baik dan menakjubkan? Kunjungi kami untuk pengalaman yang menarik, ia melibatkan visual, deria dan pendidikan termasuk beberapa ilusi yang terkenal serta pelbagai jenis teka-teki yang belum pernah anda lihat sebelum ini.

Terokai pameran kami