Lawatan berkumpulan Kuala Lumpur

Rancang rombongan pasukan anda bersama MOI Kuala Lumpur!
Muzium Ilusi Kuala Lumpur amat mengalu-alukan kunjungan berkumpulan tidak kira jenis, termasuk kumpulan pesara dan pasukan korporat, dan akan berusaha sebaik mungkin untuk menghiburkan anda semua dalam menikmati masa yang tidak dapat dilupakan di sini.
Ilusi menakjubkan dan interaktif yang kami sediakan boleh anda alami melalui lawatan berpandu yang telah ditempah awal atau secara walk-in — apa pun pilihannya, bersedialah untuk satu pengalaman yang menyeronokkan dan mengujakan.
Hubungi kami dengan butiran lengkap anda dan bersiap sedia untuk memulakan pengembaraan yang menggembirakan!
Jom rancang lawatan anda ke Muzium Ilusi sekarang!
Emel ke [email protected] untuk membuat tempahan lawatan berkumpulan atau isi borang di bawah.
Sila sertakan bilangan peserta, kategori kumpulan (contohnya: korporat, keluarga, pelancong, dll.), bilangan pengiring (jika ada), serta tarikh lawatan pilihan dan masa ketibaan.
Kami akan memberikan maklum balas berdasarkan maklumat yang anda berikan.
APA KATA PENGUNJUNG KAMI?