Kalau bercuti di Kuala Lumpur, Museum of Illusions atau Muzium Ilusi merupakan antara tempat menarik untuk dilawati. Sesuai sangat kalau bawa anak-anak.
Terletak di tengah bandaraya, Muzium Ilusi Kuala Lumpur menawarkan pengalaman interaktif, mengasyikkan dan menyeronokkan untuk semua peringkat umur.
Pendek kata sesuai untuk kanak-kanak, ibu bapa, pasangan, dan kalau datang sini secara berkumpulan pasti seronok.
Landmark paling senang, korang cari je Hotel ANSA sederet dengan LOT10. Museum of Illusions ni terletak di Tingkat 1 & 2 Hotel Ansa, Bukit Bintang.
Kalau naik pengangkutan awam boleh gunakan MRT dan berhenti di stesen Bukit Bintang. Keluar ikut pintu D.
Muzium dibuka setiap hari dari jam 10 pagi sehingga 10 malam.
Pengalaman pertama Diah dan anak-anak ke Muzium Ilusi amat mengujakan. Perasaan keliru, kagum, terhibur dan teruja bercampur dalam masa yang sama.
Mana taknya bukan semua yang kita nampak tu betul ya. Ada helah di sebalik apa yang berlaku. Hebat betul otak manusia berfungsi.
Macam persembahan ahli silap mata. Penglihatan manusia kan terhad jadi bila digabungkan dengan teknologi sains dan otak manusia memang betul-betul membuka minda.
Lepas ni jangan mudah percaya dengan mata yang melihat.
Nama pun muzium ilusi semestinya muzium ni direka adalah berdasarkan sains, matematik, psikologi dan seni yang membolehkan orang ramai belajar tentang penglihatan dan otak manusia tetapi dengan cara yang menyeronokkan dan interaktif.
Tarikan Menarik Di Museum of Illusion
Muzium Ilusi Kuala Lumpur memang berbeza dari tempat yang pernah Diah lawati sebelum ini. Tak sangka kami habiskan masa lebih dua jam dekat dalam ni untuk selesaikan teka teki dan bergambar.
Jadi korang yang mencari cara terbaik untuk meluangkan masa bersama anak-anak & keluarga, atau cara unik untuk meluangkan masa berkualiti bersama kawan-kawan kena datang sini.
Antara tarikan menarik yang ada ialah:
Bilik Permainan Pintar
Membolehkan anda bermain sambil belajar dengan permainan minda dan teka teki pintar yang mencabar minda anda.
Bilik AMes
Alami ilusi yang memberikan anda pandangan yang berbeza dari segi visual dimana anda boleh kelihatan kecil ataupun besar melalui teknik ilusi visual.
Anda mungkin kelihatan bersaiz normal tapi teknik ilusi visual ini akan memukau anda memberikan anda pengalaman baru tentang dunia ilusi.
Hollow Face Illusion, Moving Picture
Perlu berdiri di hadapan pameran dan perhatikan pameran sambil anda bergerak ke kiri dan ke kanan.
Tilted Room, Swap Noses, Infinity Room, Vortex Tunnel dan banyak lagi.
Jangan risau kalau anda tak berjaya selesaikan permainan minda atau teka teki, kakitangan Museum of Illusion Kuala Lumpur sangat ramah bersedia membantu korang.
Mereka akan tunjuk demonstrasi dan helah untuk ambil gambar supaya nampak ‘real’ dalam gambar. Memang terbaik.
Untuk korang yang mudah pening atau pun rabun, hati-hati ketika masuk ke Vortex Tunnel sebab dalam tu gelap, dan dinding dia berputar 360 darjah.
Tapi dalam tu cantik sebab tunnel tu glow in the dark.
Kesimpulannya, Museum of Illusion Kuala Lumpur adalah antara tempat menarik di KL untuk dilawati. Banyak perkara boleh dipelajari dan paling penting korang tak sempat nak bosan berada dalam ni.
Fun fact: Museum Of Illusions Kuala Lumpur merupakan salah satu rangkaian muzium persendirian terbesar di dunia dan ada 40 muzium beroperasi di seluruh dunia.