SELAMAT DATANG KE MUSEUM OF ILLUSIONS!

Bagi keselamatan semua, pelawat yang mempunyai suhu melebihi 37.5 C sebagai demam atau bergejala tidak dibenarkan membuat aktiviti dan perlu mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan. Pihak muzium akan melaksanakan saringan suhu bagi semua pelawat. Disamping itu, bagi pelawat berisiko tinggi serta mempunyai masalah kesihatan (bagi semua peringkat umur), anda dinasihatkan agar tidak mengunjungi Muzium. #kitajagakita

Untuk makluman anda, sepanjang RMCO ini, sambutan tahun lahir, lawatan berkumpulan tidak dapat dijalankan. Muzium ini juga telah melakukan proses pembersihan sanitasi secara berskala besar serta di pratikkan pembersihan harian menggunakan bahan pembersihan sanitasi yang bermutu tinggi.

  1. Anda hendaklah memakai topeng muka (face mask) semasa melawat Muzium .

2. Jumlah maksimum bagi pelawat di dalam muzium pada satu masa adalah 30 orang.

  1. Sila beratur mengikut penanda di lantai yang disediakan (Jarak 1 meter)
  1. Sila amalkan penjarakan sosial 1 meter daripada pelawat yang lain termasuk penyelia dan staf muzium
  1. Sila beratur di kaunter pembayaran mengikut penanda atas lantai serta arahan daripada staf muzium
  1. Pembayaran menggunakan kad / penempahan atas talian amatlah digalakkan
  1. Mohon kerjasama bagi sentiasa mengamalkan kebersihan diri dengan kerap mencuci tangan menggunakan sabun dan air atau menggunakan hand sanitiser yang disediakan. Dilarang menyentuh barang pameran di dinding.
  1. Jumlah maksimum pelawat secara berkumpulan adalah 5 orang.
  1. Bagi melancarkan prosedur lawatan Muzium ini, had masa bagi lawatan ini adalah 40 minit bergantung pada jumlah pelawat.

Terima kasih atas kerjasama anda.. Jangan lupa tag kami di @museumofillusions_kl .

Museum of Illusions KL!