Majlis hari jadi yang tidak akan dilupakan!

Jika anda ingin mengadakan sambutan hari jadi yang akan dikenang sampai bila-bila, Muzium Ilusilah tempatnya.

Mencari idea kreatif bagaimana cara untuk menghiburkan anak-anak pada majlis hari jadi mereka? Muzium Ilusi menawarkan pengalaman visual, deria dan berciri pendidikan yang unik untuk anak dan para tetamu anda. Selain itu, kami turut menyediakan ahli silap mata untuk memeriahkan jamuan dengan pelbagai jenis silap mata, permainan didaktik dan teka-teki. Jika anda memerlukan bantuan untuk mengambil gambar di bilik-bilik kami yang mengagumkan – kakitangan kami sedia untuk membantu. Pihak Muzium turut menyediakan permainan didaktik dan cenderamata untuk semua tetamu yang hadir, yang membolehkan mereka membawa balik pengalaman berharga ini setelah meninggalkan Muzium.

Sila buat tempahan untuk majlis jamuan hari jadi anda sekurang-kurangnya empat belas (14) hari lebih awal kerana perancangan lawatan bergantung kepada tempahan dan aktiviti muzium yang lain.

Untuk maklumat lanjut atau sebarang tempahan, sila hubungi kami di info@museumofillusions.my

Harga tiket untuk kanak-kanak ialah RM 25 (seorang) (MyKad) / RM 35 (seorang) (Normal). Kemasukan percuma untuk seorang ibu atau bapa. Harga animasi kanak-kanak – tertakluk kepada permintaan. Tempoh jamuan hari jadi kira-kira 90 minit. Makanan dan minuman luar tidak dibenarkan dibawa masuk ke muzium.
PENTING: Ibu atau bapa perlu hadir di majlis hari jadi.

Plan your event